Mengasaskan World Yoga Association Murugan Chillayah

Guruji Murugan Chillayah telah dihormati dan dialu-alukan oleh Mr. Sutichai Bunditvorapoom, Pengarah Biro Konvensyen dan Pameran Thailand di UIA-TCEB di mesyuarat Round Table Asia-Pacific 2019 di Pattaya, Thailand.[10][11]

Persatuan Yoga Dunia (Tamil: உலக யோகா சங்கம்code: ta is deprecated ) (IAST: Ulaka Yōkā Caṅkam) telah didaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (JPPM) di Malaysia untuk memulihara amalan tradisional yoga, menyebarkan faedahnya, dan memelihara serta melindungi intipati yoga tradisional di seluruh dunia. Program mereka bertujuan untuk menghilangkan tekanan, menanam semangat kemanusiaan, disiplin dalam kehidupan dan menyampaikan keamanan sejagat. Pelajaran atau latihan utama yang dilaksanakan termasuk meditasi tradisional, latihan asana, dan latihan perguruan yoga.[12]

Pada tahun 2018, ia telah diiktiraf secara rasmi dengan kerjasama United Nations Sustainable Development Goals for the program of Indian Traditional Arts: 5R (Research, Revive, Rejuvenate, Restore, and Retention) untuk menyediakan seni tradisi dan sukan tradisional India dengan menyatukan unsur-unsur pendidikan, kesihatan, kecergasan, kebudayaan, pengetahuan alam semula jadi, mengenal pasti atau mengetahui perihal perubahan iklim, dan juga aktiviti rekreasi yang berkaitan melalui latihan Yoga Tradisional, dan Varma Kalai.[1]